Saturday 23 June 2012

black death 1400



Wabak ini dikenali dalam sejarah sebagai Maut Hitam memasuki England pada tahun 1348, dan membunuh sekitar satu pertiga sehingga saparuh dari penduduk negara tersebut. Maut Hitamadalah manifastasi pertama dan yang paling teruk bagi Pandemik Kedua, kemungkinannya disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. Berasal dari Asia Tengah, ia tiba ke Kepulauan British dari provinse Inggeris Gascony. Titik kemasukkan pertamanya adalah pelabuhan Weymouth, Dorset di mana ia pertama kali dilaporkan pada Jun 1348. Ia sampai ke London pada musim luruh tahun itu, dan menjelang musim panas berikutnya ia telah melitupi seluruh negara. Menjelang Disember 1349 wabak tersebut hampir tamat. Sungguhpun anggaran tepat kematian sukar dilakukan, trend terkini telah disesuaikan anggaran ke atas. Ini adalah hasil tumpuan akademik terkini pada masyarakat petani yang membentuk 90% dari populasi berbanding pemilik tanah kaya dan para paderi. Sungguhpun ia telah dianggar bahawa satu pertiga atau kurang penduduk mati, hari ini jumlah sekitar separuh biasanya diterima, sungguhpun sebahagian mencadangkan jumlah yang lebih besar.
Maut Hitam menimpa negara yang kaya dan sedang meningkat secara antarabangsa. Sungguhpun kematian adalah tinggi, kerajaan Inggeris mengendalikan krisis tersebut dengan baik. Hasil yang paling segera adalah berhentinya kempen Perang Seratus Tahun. England juga tidak mengalami pelampau ugama yang berlaku dikawasan lain di Europah, seperti penyiksaan diri ("flagellant") dan penghukuman Yahudi. Sungguhpun begitu, dalam jangka panjang wabak ini turut memiliki kesan sosial yang besar. Kemerosotan penduduk menyebabkan kekurangan pekerja, mengakibatkan kenaikan gaji. Kelas pemilik tanah cuba menghalang perkembangan ini dengan undang-undang dan langkah penghukuman, mendorong kepada kebencian mendalam bagi kelas bawahan. Pemberontakan Petani 1381 sebahagian besarnya disebabkan kebencian ini, dan sungguhpun pemberontakan ini ditewaskan, perhambaan jangka panjang tamat di England. Maut Hitam turut menjejaskan usaha artistik dan budaya, dan mungkin menggalakkan kegunaan bahasa vernakular tempatan.
Pada tahun 1361–62 wabak ini kembali ke England, kali ini menyebabkan kematian sekitar 20% penduduk. Selepas ini ia kembali sekali-sekala sepanjang abad ke empat belas dan lima belas, secara tempatan atau kebangsaan. Dari tempoh ini kesannya semakin berkurangan, kebanyakannya disebabkan langkah bersungguh kerajaan. Satu dari wabak terakhir di England merupakanWabak Besar London pada 1665-66.

Wikipedia.org

No comments:

Post a Comment