Saturday 23 June 2012

babylon



Babylon adalah negara-kota bagi Mesopotamia kuno, dan tinggalannya kini ditemui di Al Hillah, Wilayah Babil, Iraq, lebih kurang 85 kilometer selatan Baghdad.
Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subur Mesopotamia di antara Sungai Tigris dan Sungai Furat di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kita Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM (bibit mulanya dinasti-dinasti). Kota ini mula menyinar dan menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama Babylon. Ia adalah sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebing kurang tahun 2300 SM menjadi pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. Taman Tergantung Babylon merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia.
Perkataan Babylon adalah berasal dari bahasa Akkadia "Babilu" yang bermaksud "pintu masuk Dewa". Dalam al-Quran dan Kitab Bible, nama ini disebut sebagai Babil atau Babel. Dalam Kitab Kejadian 11:9, ia bermakna "kekeliruan" (tentang bahasa) dari kata kerja "balbal" iaitu untuk "mengelirukan".

Sejarah

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal dari Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah adalah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal dari bahasa Greek historia (ἱστορία), "satu cerita tentang seseorang," dan berkongsi etimologi dengan kata Inggeris story1911 Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."

"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
Harry S Truman
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
John W. Gardner
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
Norman Cousins

black death 1400



Wabak ini dikenali dalam sejarah sebagai Maut Hitam memasuki England pada tahun 1348, dan membunuh sekitar satu pertiga sehingga saparuh dari penduduk negara tersebut. Maut Hitamadalah manifastasi pertama dan yang paling teruk bagi Pandemik Kedua, kemungkinannya disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. Berasal dari Asia Tengah, ia tiba ke Kepulauan British dari provinse Inggeris Gascony. Titik kemasukkan pertamanya adalah pelabuhan Weymouth, Dorset di mana ia pertama kali dilaporkan pada Jun 1348. Ia sampai ke London pada musim luruh tahun itu, dan menjelang musim panas berikutnya ia telah melitupi seluruh negara. Menjelang Disember 1349 wabak tersebut hampir tamat. Sungguhpun anggaran tepat kematian sukar dilakukan, trend terkini telah disesuaikan anggaran ke atas. Ini adalah hasil tumpuan akademik terkini pada masyarakat petani yang membentuk 90% dari populasi berbanding pemilik tanah kaya dan para paderi. Sungguhpun ia telah dianggar bahawa satu pertiga atau kurang penduduk mati, hari ini jumlah sekitar separuh biasanya diterima, sungguhpun sebahagian mencadangkan jumlah yang lebih besar.
Maut Hitam menimpa negara yang kaya dan sedang meningkat secara antarabangsa. Sungguhpun kematian adalah tinggi, kerajaan Inggeris mengendalikan krisis tersebut dengan baik. Hasil yang paling segera adalah berhentinya kempen Perang Seratus Tahun. England juga tidak mengalami pelampau ugama yang berlaku dikawasan lain di Europah, seperti penyiksaan diri ("flagellant") dan penghukuman Yahudi. Sungguhpun begitu, dalam jangka panjang wabak ini turut memiliki kesan sosial yang besar. Kemerosotan penduduk menyebabkan kekurangan pekerja, mengakibatkan kenaikan gaji. Kelas pemilik tanah cuba menghalang perkembangan ini dengan undang-undang dan langkah penghukuman, mendorong kepada kebencian mendalam bagi kelas bawahan. Pemberontakan Petani 1381 sebahagian besarnya disebabkan kebencian ini, dan sungguhpun pemberontakan ini ditewaskan, perhambaan jangka panjang tamat di England. Maut Hitam turut menjejaskan usaha artistik dan budaya, dan mungkin menggalakkan kegunaan bahasa vernakular tempatan.
Pada tahun 1361–62 wabak ini kembali ke England, kali ini menyebabkan kematian sekitar 20% penduduk. Selepas ini ia kembali sekali-sekala sepanjang abad ke empat belas dan lima belas, secara tempatan atau kebangsaan. Dari tempoh ini kesannya semakin berkurangan, kebanyakannya disebabkan langkah bersungguh kerajaan. Satu dari wabak terakhir di England merupakanWabak Besar London pada 1665-66.

Wikipedia.org

Wednesday 2 May 2012

Buah Gajus




Buah gajus adalah buah yang boleh dikira sebagai buah yang unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya berbentuk seperti buah pinggang dan berwarna kelabu. Nama saintifik pohon buah gajus ialah Anacardium occidentale dari famili Anarcadiaceae. Nama buah ini berbeza mengikut negeri, di mana ada yang menggelarnya sebagai jambu monyet, buah ketereh atau jambu golok. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate limited. Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir. Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi. Buahnya yang masak harus dineutralkan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.

dice


illusion/illusi